Sunday, December 15, 2013

Sekadar PerkonGsian Perihal Semasa

Anda..!! Ya, anda. Tolong jangan membodohkan diri sendiri.

Tolonglah jangan cepat sangat percaya dengan penyebaran benda-benda karut yang tiada sandaran dalil. Sekarang tengah tersebar pasal salji kat Mesir, pastu ada seseorang yang bebal quote hadis dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda apabila hari hampir kiamat, tanah Arab akan subur dan dialiri sungai.

Hadis tu ada, sahih, tapi yang pi kaitka
n dengan kejadian salji kat Mesir tu buat apa? Alasan si bebal tu, nanti salji cair, jadilah ia sungai, dan tanah Mesir jadi subur. Kiamat dah dekat, aaaaaaa...!! Hang bodo ka? Sungai Nil kat Mesir tu dan berjuta-juta tahun kat situ diamnya, Mesir tu tak subur ka? tak blaja geografi ka?

Paling bodoh lagi, di akhir mesej tu, tertulis "Nabi berkata barangsiapa menyebarkan perkara ini, akan ditetapkan syurga bagi dirinya". Cantik, ko sebenarnya dah siapkan tempat ko di neraka, sebab dah berdusta atas nama Nabi. Amacam? Terasa buduh tak? Sila terasa. Memang bagi ayat pedas sebab nak bagi terasa pun.

Masa depan, apa yang akan berlaku di hari akan datang, SEMUANYA termasuk dalam perkara ghaib yang HANYA ALLAH SAHAJA MENGETAHUI. Kita nak cerita pasal masa akhir zaman ni, hanya kena berpandukan hadis-hadis Nabi dan Al-Quran sahaja. Hadis Nabi tu plak kenalah ikut huraian yang ditafsirkan oleh ulama. Bukan ikut kepala hotak hang sendiri.

Yang kepala otak dia berpikiran "Mesir salji, nanti salji cair jadi sungai, eh, nampak macam "kena" dengan hadis ni lah, buat status ah, pastu aku tulis Nabi kata wajib sebarkan kat ending". Anda lah Maha Bodoh. SEKIAN.

Copy,Paste
 

No comments:

Post a Comment